“Aku nak cerai! hiduplah kau dengan kawan-kawan kau sampai mampus”
Kisah seorang isteri muda yang diabaikan oleh suami ketika sebelum bersalin lagi sehinggalah berpantang menyebabkan beliau mengalami sakit “meroyan”. Baca lagi luahan beliau yang dipetik dari laman Kisah Rumah Tangga (KRT):
Salam admin dan warga krt sekalian.di sini saya nak crita sikit pasal meroyan berkait dengan kes yang tengah viral sekarang sampai ada yang mengutuk si ibu takde iman. Yang belom pernah melalui proses mengandung, melahirkan serta berpantang serta para suami yang anggap beranak tu macam kene gigit semut siap nak minta main lagi masa dalam pantang silalah gantung diri kat pohon rambutan sana.psikologi setiap manusia adalah berbeza ada yang boleh mengatasi meroyan tapi ada yang makin teruk. Cerita aku macam ni..
aku dimasukkn wad lebih awal sebab mengalami contraction yang teruk tapi laluan masih tak terbuka. 3 hari ada di wad barulah doc decide tuk deliver secara paksa iatu pecahkan air ketuban. selama 3 hari aku dekat wad menahan contrction aku sensorang. Setiap kali waktu melawat katil orang lain penuh dengan orang aku krik2 sensorang.
Terjenguk-jenguk aku suami bila nak datang kol tak angkat mesej tak reply. setengah jam sebelom waktu melawat habis suami aku datang bawa nasi dan terus balik. Allahu tersentak emosi aku ketika tu ,sudahlah menahan sakit yang amat, salahke dia datang awal datang berborak dengan isteri ni dan betol tak isteri-isteri sekalian dalam krt jika aku cakap macam mana pun kita sakit, sedih tapi bila nampak suami kita akan jadi happy dan bersemangat.betol tak??
Untuk pengetahuan krt.. suami ketika itu baru habis contract kerja jadi takde alasan untuk dia pergi kerja tak.. so mana dia pergi? Yup dia pegi cc main dota dengan kawan-kawan. luluh hati aku admin. tapi aku tolak tepi.. aku tak nak fikir sangat nanti aku jadi makin sedih. sudahlah sakit yang amat takde langsung concern dari suami.
Thats why mengapa suami merupakan faktor terbesr yang mempengaruhi psikologi seorang isteri. lepas aku dimasukkan ubat 7 jam dalam labour room sakit macam nak hilang nyawa.lagi pula ini anak sulung dan aku baru berusia 23 tahun. Keesokannya aku dah boleh dischrge.. doc cakap 12.30 discharge, aku inform suami itupun 5-6 kali kol baru angkat sebab dia tido.
Dari 12.30, 3 pm baru suami datang. Time tu memang emosi aku sudah tidak stabil. aku yang tak selesa di hospital tambah pulak dengan nurse yang asyik tnya mana suami dengan anak merengek susu bengkak.menitis air mata aku time tu. Nasib baik akak sebelah aku nasihat. banyak bersabar dia cakap anak sulung memang macamtu kita rasa perit sangat. memang memang perit..sebab tu support dari suami amat perlu.
Bila dia sampai aku tnya knpa dia lambat. dia cakap g makan ngan member datang dari kampung. ermm… korang rasa ape aku rasa time tu? aku tengok suami orang lain da bole dischrge on time bole datang kenapa tak suami aku? aku malas nak fikir lagi..so aku pendam dan diam. masa tu aku da rasa menyampah dalam hati aku cakap macam-maca da.
dan bila dekat rumah dia jarang ada siang dan bila malam memang tiap-tiap malam dia kuar pukul 5, 6 pagi baru balik. korang bayangkn aku berpantang sensorang .malam-malam dengan kesan luka jahit aku tukar lampin baby susu baby setiap setengah jam. emosi aku terganggu. sudahlah masih sakit. ditambah pula mengurus anak sensorang aku penat yang amat.
Pernah anak aku menangis aku cubit-cubit satu badan dia. aku pernah tampar anak aku smpai menangis tak keluar suara aku sumpah seranah suami aku depan anak aku. emosi aku tak stabil..tapi lepas tu rasa menyesal yang amat.masa aku pukul anak aku ..memang nampak dia buruk sangat..aku tak nmpk pun seorang bayi yang comel..bila dia sampai menangis tak keluar suara aku tersedar..aku menangis ape salah anak aku.. cubalah fikir… emosi siapa yang tak terganggu, luka jahitan masih sakit.. nak pegi toilet bangun jalan sendiri.aku nak air aku bangun buat dan amik sendiri.memang 2 minggu pertama pantang aku sangat tak stabil.. baby memang jadi mangsa cubit. pernah dia buat perngai aku jadi marah aku tak susukn dia aku bancuh susu pekat f&n tu bagi dia minum botol. aku sumbat-sumbat smpai dia menangis lebam mata.
Suami aku ? Keluar balik rumah tido.aku dan anak terbiar. 2 minggu aku pernah main pisau dekat kepala anak aku,aku cakap “ko tak diam aku potong lidah ko nanti”. Mungkin Allah swt nak bagi aku kesedaran anak aku mula tak merengek.dia diam sahaja. cuma menangis sikit bila nak susu. lepas 2 minggu aku recover balik. aku banyak baca pasal pantang dekat internet .aku mula susukan anak aku betul-betul .aku mula manjakan dia betol-betul. dan baby aku mula senyum dekat aku.. allahu ape aku da buat dekat anak aku selama ni.
Lama-lama aku da jadi oke. walaupun sampai habis pantang suami aku kuar melepak aku tak fikir. dalam hati aku aku fikir suami aku da mati . aku jaga dan tatang anak aku betul-betul. memang rasa marah dan benci tu ada dekat suami aku sebab lupa tangunggjawab dia..tapi setiap kali aku tengok anak aku layan elok-elok. aku buang semua perasaan lain.lama-lama aku da oke .aku dah tak kisah dengan suami aku. Now kiteorang tengah tunggu tuk kes mahkamah tuk bercerai. bagi aku dari aku memberontak dan berbuat dosa sakit hati nak hidup perangai suami yang lebih pentingkn kawan-kawan dari tangungjawab di rumah aku lepaskan. hiduplah dia ngan kawan-kawan dia sampai mampus. yang lelaki yang rasa tak boleh nak move on lgi ngan kawan-kawan mohon tak payah gatal-gatal nak ada isteri..kerana isteri itu amanat anak itu amanat .yang perlu ko jaga emosi adalah isteri dan anak-anak mu bukanlah kawan-kawan. jangan buat isteri macam hamba. Kalau tak mampu dari awal lagi fikir..jangan dera emosi orang lain dengan perangai-perangai lahanat suami.
loading...