“Aku tidak tahu adakah kamu binatang atau syaitan, yang pastinya bukan manusia”



Tragedi ngeri 13 April, 46 hari. Penderitaan Sharifah Sufi Humaira Binti Syed Shahrul yang baru berusia 6 bulan lebih semasa kejadian.



Insiden di rumah pengasuh di Kampung Seberang Marang, Marang, Terengganu

Senarai kecederaan di hari kejadian:

1. Patah dua tulang paha
2. Kaki kiri terkehel
3. Lebam keseluruhan otot di kaki kanan hingga paras paha
4. Lebam di bahagian tepi rusuk kiri
5. Lebam di bahagian tulang belakang
6. Lebam di dahi


 Cerita yang dipusing-pusing

1. Dahi biru sebab tersembam pada lantai dan kaki kanan biru abang dia tersadung.

2. Tidak tahu dan tidak perasan dengan kaki yang dislocated dan menyatakan semasa abang kepada Sufi tersadung, hanya kena kaki kanan sahaja dan dia ada di tepi.

3. Harraz, anak saya tersadung jatuh ke atas badan Sufi semasa Sufi sedang meniarap.

4. Tidak pasti sama ada pengasuh terpijak atau tidak pada sufi.



5. Sufi menangis sekejap selepas itu tidur.

6. Suffya jatuh atas Sufi, sedangkan Suffya ke sekolah pada hari berkenaan.

7. Sufi jatuh semasa berada di dalam bilik air dan dia terrpijak.



8. Dia tidak menghubungi saya semasa kejadian

9. Pengasuh tidak pernah meminta maaf selepas kejadian dan menghilang pada hari kedua selepas melawat Sufi di Hospital Nur Zahirah.

10. Pengasuh dan suami mula sibuk menghubungi kami kononnya untuk berbincang selepas saya memaklumkan polis perlukan keterangan dia untuk laporan hospital pada hari kelima Sufi warded.

11. Pengasuh memarahi kami kerana mengambil tindakan dan lebih mempercayai laporan medical dan nasihat polis.

12. Gangguan dari suami pengasuh dan keluarga sebelah suami pengasuh untuk memohon kami menarik kes dengan kata-kata yang biadap.

Aku tidak tahu adakah kamu binatang atau syaitan, yang aku tahu kamu bukanlah selayaknya dipanggil manusia.

loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info