Kapar – Minggu lalu kecoh kes isteri yang di samun dan dirogol oleh perompak manakala suaminya pula tidur di ruang tamu rumah ketika perompak memasuki rumah mereka.
Berikutan kes terbabit, pihak polis telah menahan kumpulan ‘Geng Ball Bearing’, yang didakwa merupakan suspek yang sama menyamun dan merogol mangsa, di Plaza Tol Shapadu, Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd
Yusoff Mamat berkata, geng berkenaan yang dianggotai tiga pendatang tanpa izin
(PATI) dikesan selepas seorang daripada suspek, menyamun dan merogol seorang
wanita berusia 34 tahun, pada 7 Jun lalu.
Dalam kejadian itu, wanita terbabit dirogol seorang daripada
suspek, manakala dua lagi menunggu di luar bilik mangsa.
Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa tidur di
dalam biliknya, manakala suaminya tidur di ruang tamu. Suspek mengugut akan
membunuh suami mangsa jika dia menjerit.
Mohd Yusoff berkata, berdasarkan laporan, suspek yang sama
juga mencabul seorang lagi mangsa samunnya di Meru, 27 Mei lalu.
“Bagaimanapun, mangsa berusia 20-an itu hanya dicabul di
bahagian dada selain dipaksa untuk memegang kemaluan suspek.
“Suspek tidak sempat untuk merogolnya selepas ibu mangsa
merayu supaya anaknya tidak diapa-apakan,” katanya pada sidang media, di sini,
hari ini.
Ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga 20 Jun ini.
Mohd Yusoff berkata, kumpulan berkenaan digelar ‘Geng Ball
Bearing’ kerana mereka dikatakan memasukkan bebola besi dalam kemaluan bagi
mendapatkan kepuasan ketika merogol mangsa.
Katanya, berdasarkan pengakuan, suspek mengaku memasukkan
bebola besi itu ketika berada di dalam penjara kerana berkhalwat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK)
dan Seksyen 376 KK.