Soniya yang merupakan pelajar Universiti Bina Dharma pada
mulanya dijemput dengan motosikal dari kampus dan dibawa ke rumah kekasihnya
yang berada tidak jauh dari rumah mangsa.
Setelah beberapa ketika di rumah lelaki itu, Soniya
menghubungi ibunya, Nuryatmi minta dijemput pulang.
Bagaimana pun selepas Nuryatmi tiba bersama saudaranya,
Fatimah, berlaku pergaduhan mulut dengan lelaki berkenaan menyebabkan Soniya
dipaksa masuk ke bilik kekasihnya.
“Dia kata nak berkahwin dengan Nia, langsung dijawab tidak
akan merestui. Kalau mahu melamar datang baik-baik ke rumah,” ujar ibu mangsa,
Nuryatmi.
Menurut Nuryatmi, sebaik selesai berkata demikian lelaki
berkenaan menjadi marah dan menarik Soniya ke dalam bilik dan membunuhnya.
“Kami langsung memecah pintu bilik, dan mendapati Soniya
telah terbaring pengsan bersimbah darah. Kami lihat sendiri pelaku masih
menendang tubuh mangsa,” katanya.
Bedah siasat yang dilakukan mengesahkan Soniya maut
disebabkan empat luka di bahagian perut.
Lelaki itu, Suryanto alias Kempo yang berjaya ditangkap
selepas cuba melarikan diri mengaku perbuatannya.
“Saya tadi khilaf dan emosional kerana tidak direstui. Saya
benar-benar menyesal.
“Sudah lama kami pacaran tapi kami tidak direstui