Video Kes Pelajar Sekolah Gaduh Polis Akan Siasat.


Nilai – Polis menyiasat satu rakaman video pergaduhan membabitkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah yang didakwa berlaku di Mantin di sini, yang tersebar di Facebook, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pihaknya menjalankan siasatan lanjut termasuk kesahihan dakwaan kejadian itu membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin dan berlaku di sini.

“Kita belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian itu, namun siasatan sudah dimulakan sebaik menerima maklumat mengenainya.

“Kita juga akan berhubung dengan pihak sekolah untuk mengenal pasti identiti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam rakaman video selama kira-kira satu minit itu, dua remaja lelaki masing-masing memakai kemeja-T tanpa lengan bergaduh, manakala lebih 10 pelajar berpakaian seragam sekolah, bersorak mengelilingi mereka di sebuah taman permainan. – BH Online 


loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info