Viral Video Shah Rukh Khan Bengang Selepas Kena Prank...


Sekarang, sudah pasti ramai peminat Shah Rukh Khan (SRK) sudah menonton video pelakon antarabangsa itu  bengang selepas di-prank oleh pengacara sebuah rancangan televisyen, Ramez Galal.

Video terbabit yang memaparkan SRK bengang apabila mengetahui serangan seekor biawak besar yang dihadapi sebenarnya cuma sekadar prank sahaja.

Bagi yang terlepas menonton aksi 'mendebarkan' itu boleh menonton menerusi video dibawah:


Bagaimanpun, Hindustan Times melaporkan reaksi SRK itu cuma sekadar lakonan dan sudah dirancang.

Menurut satu sumber publikasi Al-Alam, SRK telah dibayar sebnyak $400,000 untuk membuat penampilan di dalam rancangan itu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan pembayaran terbabit.

Namun, ketika Hindustan Times menghubungi pasukan SRK, pengurusnya Pooja Dadlani mengesahkan, "Ya, ia telah dirancang dan Shah Rukh Khan tahu dan sedang berlakon sebagai seorang yang marah."

Bagaimanapun, dia tidak memberi sebarang pengesahan sama ada pelakon itu dibayar atau tidak oleh rancangan TV terbabit.
loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info