GEORGETOWN: Seorang wanita Vietnam termasuk tiga individu lain telah ditahan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pemandu Uber dipukul di mana punca kejadian berlaku selepas wanita itu mendakwa dia telah cuba dicabul di Lintang Paya Terubong, di sini, Selasa lalu, lapor Berita Harian.
loading...
Kira-kira jam 3.56 petang selasa lalu, seorang pemandu Uber telah dipukul oleh beberapa orang lelaki selepas seorang wanita warga Vietnam mendakwa dia telah cuba dicabul.
Kejadian itu dirakamkan dalam video berdurasi empat minit 22 saat, yang kemudiannya menjadi viral di laman sosial.