BIHUN SUP Semangkuk RM13.50? Owner Kedai Jelaskan Tetapi Pelanggan Ini Bidas Balik Kata OWNER PENIPU !



PEMILIK gerai Bihun Sup Berapi di Kepala Batas, Pulau Pinang, mendakwa dia tidak berniat menganiaya pelanggan seperti yang tular di media sosial, sebaliknya ia adalah harga sebenar bihun sup.
Pemilik itu yang mahu dikenali sebagai Zam, 40-an, berkata bihun sup dijualnya menggunakan mangkuk besar dan harga semangkuk antara RM5 hingga RM30 bergantung pada saiz tulang dan daging.
Katanya, setiap mangkuk sup mengandungi campuran lobak masin, daging, daun sup, lemon, bawang goreng dan hirisan tomato serta diadun menggunakan resipi turun-temurun tanpa ajinomoto.
“Aduan pelanggan dalam media sosial tidak jujur kerana minuman teh o ais dipesan ialah lima gelas dan bukan dua gelas.
“Jadi dua mangkuk besar bihun sup dan lima gelas minuman adalah RM31. Tidak timbul soal kami menganiaya pelanggan,” katanya.
Semalam, seorang pelanggan merungut di media sosial mendakwa harga semangkuk bihun sup RM13.50.
Dia mendakwa membayar RM31 untuk dua mangkuk bihun sup serta dua gelas teh O ais dan menyifatkan pengusaha gerai itu cekik darah.

Ni respond balik dari Encik Aswan Wanchik

Kepala Batas Sudah Maju
Kedai Bihun Sup Berapi Depan Longwan Kepala Batas
Semangkuk RM 13.50
Pemilik kedai yg dikenali dgn nama Zam itu terus menafikan penipuannya….
Kami order air teh o ais hanya 2 gelas dan air kosong 2 gelas… tp dia beri statement dlm metro… kami berbohong… malah dia ckp kami order 5 gelas teh o ais… bermakna dia dh curi duit kami secara jahat sebanyak 3 gelas air teh o ais…. dia kata bihun sup nya berharga rm5 – rm30… utk pengetahuan semua… kami hanya order bihun sup biasa… sudah semestinya ia berharga rm5 sahaja… disini peniaga dh curi duit kami secara jahat sebanyak rm17….
Pemilik ini bukan sahaja menganiaya pelanggan malah melakukan kesalahan jenayah curi…
Baca statement dia dlm metro…

                          No automatic alt text available.


Mohon viralkan supaya pelanggan tidak terus tertipu dgn peniaga seperti ini…”

Sumber: hmetro / FB Aswan Wanchik
loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info