Luahan Datuk seri vida bila digelar "Badut" oleh netizen


Image result for i am diva datuk seri vida
Image result for i am diva datuk seri vida

Datuk Seri Hasmiza Othman sebelum ini sering dikutuk dan menjadi bahan kritikan oleh netizen dilihat seolah-olah kebal, serta tidak mempunyai hati dan perasaan.





Datuk Seri Hasmiza Othman sebelum ini sering dikutuk dan menjadi bahan kritikan oleh
netizen dilihat seolah-olah kebal, serta tidak mempunyai hati dan perasaan.

Beliau yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida nampak tenang, tapi siapa sangka terdapat ungkapan kasar netizen yang telah mengguris hati penyanyi yang sedang hangat dengan lagu I Am Me ini.

Menurut laporan mStar Online, beliau terpaksa menelan segala kritikan dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh netizen kepadanya.

Menurut Vida, dia berusaha membuktikan bahawa apa yang dilakukannya ini adalah strategi yang dapat membantu perniagaannya.

"Kadang-kadang saya terkasima dengan perkataan yang tak terjangka akan keluar.

"Ada yang kata saya badut, Oh My God, itu adalah sesuatu yang paling menyakitkan hati, tapi nak buat macam mana mereka tak memahami saya," katanya kepada mStar Online.

"Yang komen negatif tu mereka tak faham lagi, mari kita sekolahkan mereka," katanya dalam nada bergurau.

Sebelum ini Vida dilihat suka mencetuskan kelainan dalam apa jua bidang yang diceburinya, termasuklah bidang perniagaan dan seni, hingga netizen menggelarnya 'syok sendiri'.

"Syok sendiri apa, saya kena berkarya cara saya, tak boleh duduk diam dengan benda yang stereotype atau benda yang sama.

"Saya sukakan sesuatu yang berlainan, itu cara saya sebab tu kadang-kadang orang kata saya trend setter, saya leading, ada kata saya idealis, Alhamdulillah," katanya. katanya kepada mStar Online.

Lagu I Am Me, akan dilancarkan pada Ogos Vida menjanjikan satu kelainan dari segi penghasilan klip videonya.

"Memang best, tak ada lagi di Malaya macam saya punya muzik videolah!," katanya.

Video lirik berjudul I Am Me, ciptaan Edry Abdul Halim kini sudah mendapat lebih 600,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 13 Julai lalu.


Sumber -  mStar Online

loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info