Gadis diperdaya rakan sekelas, Dirogol Bergilir-gilir


Kes Rogol Pelajar di Kinabatangan

KOTA KINABATANGAN : Seorang pelajar wanita yang akan menghadapi Sijil Peperiksaan 
Malaysia SPM tahun ini diperdaya dua rakan lelaki sekelasnya sebelum dirogol secara
bergilir-gilir di sebuah sekolah menengah Kinabatangan.
Dua pelajar lelaki berkenaan ditahan polis kerana disyaki merogol rakan sekelas mereka
di sebuah pondok di belakang sekolah itu pada 1 April lalu.
Ketua Polis daerah, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, kedua-dua suspek ditahan 
susulan laporan polis oleh pelajar perempuan tersebut yang dibuat kelmarin selepas gambar 
mangsa yang dirakam salah seorang suspek ketika dirogol tersebar. 

Perbuatan kedua-dua suspek hanya diketahui pada Rabu lalu selepas gambar mengenai kejadian itu tersebar melalui aplikasi WhatsApp dalam kalangan pelajar sebelum diketahui oleh pihak sekolah. “Setelah perkara tersebut diketahui di peringkat sekolah, mangsa dan kedua-dua suspek telah dipanggil oleh guru disiplin sekolah berkenaan untuk tindakan selanjutnya.


Beliau berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa bersama dua rakan 
sekelasnya itu berada di sekolah untuk projek keceriaan kelas apabila salah seorang 
suspek memperdayanya untuk masuk ke sebuah pondok kayu di belakang sekolah atas 
alasan untuk melakukan perbincangan.
“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa telah dipaksa masuk ke dalam pondok tersebut 
oleh suspek dengan cara menarik tangan mangsa.
“Setelah mangsa masuk ke dalam pondok tersebut dua suspek telah mengunci pintu dan 
memberi amaran kepada mangsa supaya jangan memberitahu perkara itu kepada sesiapa 
termasuk guru sekolah.
“Mangsa kemudiannya dipaksa melakukan hubungan seks dengan ke dua-dua suspek 
tanpa kerelaan mangsa sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
A. Sahak berkata, mangsa terpaksa merahsiakan perkara itu selama ini kerana risau tentang 
keselamatan dirinya selepas menerima ancaman daripada suspek yang direman 
sehingga 13 Julai depan bagi
 membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 
penjara maksimun 30 tahun jika sabit kesalahan.
loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info