Kami Berjumpa Atas Urusan Produksi Sahaja - Afifah Nasir


KUALA LUMPUR: Berikutan insiden membabitkan seorang rakan artis dan isteri yang turut mengheret namanya, adik kepada pelakon Anzalna Nasir, Afifah Nasir, mendakwa wujud salah faham dalam kes berkenaan.

Menurutnya, pertemuan dengan artis lelaki itu semalam adalah atas urusan produksi, bukan seperti dakwaan pihak tertentu, lapor Berita Harian.

 Isu berkenaan akan dijawab wakil syarikat terbabit, kata artis berusia 24 tahun itu.

"Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan.

"Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi ulasan lanjut.


"Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga," 
katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini.

Sementara itu, Afifah yang masih baharu dalam industri hiburan berkata, penggambaran drama lakonannya dan artis terbabit terpaksa dibatalkan susulan kes itu, yang dimaklumkan oleh pihak produksi.

"Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi memaklumkan hari ini tiada penggambaran kerana dia (aktor) ditahan polis.

"Lebih mengejutkan apabila nama saya dikaitkan," katanya.

SUMBER: Berita Harian.

loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info