Mohamad Ayden Adrean Nama Putera Aliff Aziz


TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astilah yang selamat menimang cahaya mata sulung, petang semalam.

Bella, 23, selamat bersalin bayi lelaki yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean tepat jam 3.46 petang semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Aliff, 26, menerusi laman Instagramnya. Peminat yang teruja tidak putus-putus mengirimkan ucapan tahniah buat pasangan ibu bapa muda itu.
Aliff, penyanyi kelahiran Singapura mendirikan rumah tangga dengan Bella pada tanggal 9 September tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat.
Tahniah Aliff dan isteri! – MYNEWSHUB.CC
loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info