"Kita menerima laporan pada jam 4.20 petang daripada pihak Hospital Tuanku Fauziah (HFT) Kangar yang memaklumkan menerima pesakit iaitu seorang pelajar tingkatan dua melahirkan bayi lelaki.
"Siasatan mendapati mangsa mengadu sakit perut pada jam 12.30 tengah hari ketika berada di sekolah. Mangsa kemudian dijemput oleh ibunya di sekolah, yang menyangka anak perempuannya itu mengalami senggugut.
"Mangsa dan bayi kemudian dihantar ke HTF," katanya memetik laporan dari Berita Harian.
Siasatan mendapati, mangsa mengenali suspek berusia 16 tahun dan telah terlanjur bersama lelaki terbabit sebanyak tiga kali pada bulan Oktober 2016.
Suspek telahpun ditahan, namun dibebaskan semula dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.