
China - Gila tapi benar. Seorang bapa berusia 37 tahun ditahan polis selepas membelasah anak perempuannya dengan kejam di sebuah pasa raya di wilayah Jiangsu, China, hanya kerana budak itu ke pasar raya itu untuk membeli makanan ringan untuk adiknya.
loading...
Lelaki itu kemudian datang menampar budak perempuan itu beberapa kali sebelum menghayun kanak-kanak itu sehingga terkena tong sampah dan ke arah rak barang.
Dia kemudian mengambil penyapu dan memukul budak perempuan itu bertubi-tubi sebelum dihalang orang ramai.
Video itu turut merakamkan saat kanak-kanak itu bangun dan berjalan terhincut-hincut menahan sakit ke arah adik lelakinya yang kelihatan terkejut.
Menurut Chinaxiaokang.com, kejadian berlaku pada 9 malam di sebuah pasar raya di bandar Suqian, daerah Shuyang, minggu ini.
Menurut kenyataan polis melalui Weibo (Twitter versi China), lelaki yang dikenali sebagai Wei itu ditahan reman 14 hari.
Wei memberi alasan dia menghukum anaknya kerana membawa adik lelaki ke kedai tanpa pengetahuannya.
Wei beritahu dia adalah bapa tunggal selepas bercerai dengan ibu kanak-kanak terbabit.
Menurut Chinaxiaokang.com, budak perempuan itu membawa adiknya ke kedai untuk membelikannya makanan ringan berharga 10 yuan (RM6).
Sumber: SCMP