Apa Salah Kami Dilayan Sebegini? Kami Ada Cederakan Orang? - Pengasas Atheist Republic



Pengasas Atheist Republic hari ini melahirkan rasa pelik dengan sikap kerajaan yang dilaporkan bercadang untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan itu di mana mereka telah mengadakan pertemuan baru-baru ini, lapor Malay Mail Online.

Menurut pengasasnya, Armin Navabi, mereka yang datang mengadakan pertemuan baru-baru ini hanyalah sekadar bertukar-tukar fikiran.

“Tiada kerajaan yang menangkap anggota kami semata-mata kerana mereka bertukar-tukar fikiran,” katanya.

Beliau menyatakan kumpulan itu kini mempunyai cawangan di setiap negara di dunia tetapi tiada lagi negara yang cuba menghukum mereka.

Apa yang mereka buat pada orang lain? Apakah mereka mencederakan orang lain,” kata lelaki kelahiran Iran itu.

Beliau juga pelik dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang mengecam perjumpaan mereka di Kuala Lumpur sehingga ada yang mengugut untuk pancung mereka.


Sejak beberapa hari lalu iaitu 3 April, tular di laman sosial sebuah perjumpaan ahli Ateis di Kuala Lumpur di mana perjumpaan yang dianjurkan oleh Atheist Republic, yang berpangkalan di Vancouver, Kanada, telah dihadiri oleh mereka yang asalnya dari pelbagai latar belakang agama termasuk Melayu Islam.

BACA: Himpunan Ateis Di Kuala Lumpur, Ada Anak Melayu Yang Hadir, Bangga Dengan Gelaran 'Bekas Muslim'

Susualan tularnya isu ini, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam dilaporkan akan bertindak kepada umat Islam yang terlibat dengan kumpulan itu.

Video dari page Atheist Republic

“Kerajaan akan memantau dakwaan ini kerana ia satu perkara serius dan membabitkan akidah seseorang umat Islam itu,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Atheist Republic mempunyai lebih dari satu juta pengikut dan penyokong di media sosial, dengan beratus-ratus "konsulat" di seluruh dunia termasuk di negara jiran Indonesia dan Filipina. - Siakapkeli.my
loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info