Dipukul Serta Dera Oleh Ibu Kerana Minta Makanan Ringan



Perceraian merupakan jalan terakhir yang di ambil oleh pasangan suami isteri yang sudah tiada lagi kesepakatan untuk hidup bersama lagi.

Namun perceraian juga membawa kesan yang mendalam terhadap orang di sekeliling kita, malah anak-anak juga kadang-kalanya menjadi mangsa kepada perceraian yang berlaku terhadap kedua orang tua mereka.

Selepas bercerai kebanyakkan ibu bapa akan membawa haluan masing-masing tanpa memikirkan kesan serta perasaan anak-anak yang terasa seperti terabai.

Malah selepas bercerai juga mereka akan memilih pasangan lain bagi menggantikan teman hidup mereka yang telah tiada.

Mempunyai ibu atau bapa tiri kadang-kalanya menganggu emosi anak-anak serta membawa kepada keburukkan atau ketidak penerimaan orang asing dalam kehidupan seharian.

Namun begitu tidak semua ibu serta bapa tiri itu jahat, cuma terdapat segelintir sahaja yang tidak dapat menerima ahli keluarga tiri dan segelintir lagi dapat menerima dengan penuh keikhlasan.

Tetapi apa yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak ini yang telah menjadi mangsa kepada perceraian yang berlaku terhadap kedua ibu bapanya itu sedikit sebanyak membuka mata kita agar memikirkan keburukkan yang bakal berlaku sekiranya berlaku perceraian.

Kanak-kanak ini telah di dera oleh ibu tirinya hanya kerana meminta duit bagi membeli makanan ringan, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.

Ibu tirinya itu tergamak memukul kanak-kanak terbabit hanya kerana menginginkan makanan ringan merupakan sesuatu yang tidak boleh di terima.

Bayangkanlah penderitaan yang terpaksa di telan oleh anak sekecil dia, semoga kanak-kanak ini di berikan kekuatan serta ketabahan dalam mengharungi hidup yanga akan datang serta akan kembali sihat.



loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info