Budak Perempuan 6 Tahun Dirogol Dalam Bilik Air Oleh Sepupu Berusia 14 Tahun


KUCHING - Seorang budak perempuan berusia enam tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol abang saudaranya sendiri di dalam bilik air di sebuah rumah di Kampung Buntal di sini semalam.

Menurut nenek mangsa, cucunya itu mengadu sakit di kemaluannya kira-jira pukul 8.30 malam. nenek mangsa kemudian membuka kain yang dipakai kanak-kanak itu sebelum melihat kesan pendarahan pada bahagian kemaluannya.

Apabila ditanyakan kepada cucunya itu, mangsa memberitahu, sepupu lelakinya yang berusia 14 tahun telah memasukkan kemaluan ke dalam kemaluannya di dalam bilik air di rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, siasatan awal mendapati mendapati mangsa tinggal bersama neneknya. Suspek juga merupakan cucu kepada wanita berusia 56 tahun itu dan berasal dari Lundu.

Menurut laporan Kosmo Online, ketika kejadian, mangsa tinggal bersama suspek yang tidak lagi bersekolah, manakala neneknya berada di luar rumah atas urusan keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Ahmad memberitahu, mangsa sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk melakukan pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat koyakan baharu pada bahagian kemaluan mangsa.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan kerana kes itu membabit mangsa dan suspek yang di bawah umur.

"Suspek akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Kosmo Online
loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info