MAYAT PEMUDA OKU HANYUT ARUS BANJIR DITEMUI


KUALA LUMPUR: Mayat pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) yang lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika banjir di Hulu Langat, Sabtu lalu, ditemui pada jam 2.54 petang tadi.



Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata mayat Taufik Alias, 23, ditemui orang awam terapung di sungai berhampiran Tanjung Niah, kira-kira satu kilometer dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, lokasi dia dilaporkan hanyut.



Katanya, mayat sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Taufik dikatakan cuba menyeberang kawasan jalan yang dinaiki air, namun gagal apabila dia dihanyutkan arus deras banjir ke Sungai Langat.



Video yang dirakam penduduk kampung dan menjadi viral di media sosial menunjukkan mangsa cuba diselamatkan seorang penduduk kampung tetapi gagal.



Innalilah…salam takziah
CCCSel 19/06/2017 @ 1510hrs. Bersabit (1)(L) Melayu yang hilang dihanyutkan arus air di kawasan IKBN Dusun Tua, Hulu Langat. Mayat mangsa telah dijumpai di Tg Niah, Batu 14 jam lebih kurang 1500hrs.
Butir-butir mangsa :-
Nama : Taufik Bin Alias
No KPT : 931224-10-7049 @ 24 tahun
Kejadian bersabit Bt 14, Hulu Langat repot: 1329/17, IO: KPB Batu 14, SI Mohd Lofti no. tel: 013-3534259.

Sumber: BH ONLINE
loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info