Wanita Dilanggar Teksi Namun Tak Siapa Peduli, Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Sekali Lagi Oleh SUV



Walaupun rebah akibat dilanggar sebuah teksi, tiada seorang pun yang tampil membantunya dan dia dibiarkan sahaja berbaring di atas jalan.

Itulah nasib yang menimpa seorang wanita dalam kejadian di Henan yang dipercayai berlaku pada April lalu. Lebih malang, wanita itu meninggal dunia akibat dilanggar buat kali kedua oleh sebuah SUV yang lalu di arah yang sama.

Rakaman kejadian dimuat naik ke media sosial sebelum mencetuskan rasa marah netizen dengan perlakuan orang-orang sekeliling yang seolah-olah seperti zombi.

Video berkenaan dimuat naik oleh pengguna Weibo bernama Yuan Qicong pada 7 Jun dan setakat ini mendapat tontonan lebih 26 juta kali.

Rakaman kejadian itu memaparkan wanita tersebut cuba melintasi laluan pejalan kaki sebelum berhenti di tengah jalan disebabkan banyak kenderaan yang enggan berhenti bagi memberi laluan.


Namun dia dilanggar secara tiba-tiba oleh sebuah teksi yang tidak memberhentikan kenderaan di laluan pejalan kaki tersebut.


Kira-kira lima orang awam berdiri berdekatan mangsa dan menyaksikan kejadian itu, tetapi tiada seorang pun membantunya.

Selang seminit kemudian, lebih 20 pejalan kaki melintas tanpa menghulurkan sebarang bantuan, begitu juga dengan kenderaan yang lalu-lalang.

Wanita itu cuba mengangkat kepalanya tetapi mengalami kesukaran.


Namun nasibnya bertambah malang apabila sebuah lagi kenderaan menggilisnya dan pemandu kereta itu keluar untuk melihat mangsa.


Menurut polis, mangsa hanya dikenali sebagai Ma dan kejadian itu disahkan berlaku di Zhudamian dekat wilayah Henan pada 21 April lalu.

Dua pemandu yang melanggar mangsa sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan bakal berdepan dakwaan atas kematian wanita itu.

loading...

 
Copyright © 2014 Hot Sensasi Padat - All Rights Reserved
Template By Catatan Info